Yaya Toure Semakin Hampiri Eastlands

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City dilaporkan sedang berusaha membawa masuk pemain Barcelona, Yaya Toure dengan nilai perpindahan sebanyak 27 juta pound (RM127.5 juta).

Yaya sering dikaitkan akan meninggalkan Barcelona walaupun ejennya memberitahu bekas pemain Monaco itu masih ada peluang untuk kekal di Nou Camp.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Pengarah Urusan Barcelona, Joan Oliver yang baru-baru ini mengakui perpindahan pemain berusia 27 tahun itu akan menjadi kenyataan.

Kini, The Mirror melaporkan City akan menandatangani kontrak dengan Yaya selama empat tahun dipercayai benilai 90,000 pound (RM425,829) seminggu.

Pasukan perubatan City sudah berlepas ke Afrika Selatan untuk bertemu Yaya yang memperkuat negaranya, Ivory Coast pada aksi Piala Dunia 2010 bagi menjalani ujian kesihatan di sana.

Abang Yaya, Kolo sudah menjadi sebahagian daripada skuad City di Eastlands.

City juga akan menyempurnakan perpindahan pemain tengah Aston Villa, James Milner pada musim panas ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan