Rooney Mahu Contohi Pele, Maradona

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WAYNE Rooney dilaporkan bersedia untuk beraksi pada Piala Dunia setelah pulih daripada masalah lutut yang membelenggu dirinya.

Selepas prestasi suram pada perlawanan pembukaan kumpulan C menentang Amerika Syarikat, Rooney kembali pada tahap prestasi sebenar.

Berita itu sudah pasti membimbangkan pasukan Algeria yang akan bertemu England di Cape Town, awal pagi Sabtu ini.

Rooney memberitahu dia sudah bersedia untuk melakar sejarah di peringkat dunia.

“Ini merupakan peluang terbaik saya untuk membuktikan diri di mata dunia.

“Saya mahu mencontohi Maradona dan Pele. Mereka bermain dengan kesakitan tetapi masih berjaya.

“Ia merupakan sesuatu yang hebat jika saya boleh mencapai separuh daripada apa yang mereka telah perolehi," katanya.

Menurut Rooney, agak sukar baginya untuk bermain seperti yang diingini selepas mengalami kecederaan ketika menentang Bayern Munich.

“Tetapi sejak kami berada di sini, saya berasa cergas dan bersedia untuk berjuang bermati-matian.

“Semasa menjaringkan gol di awal musim, saya berasa cergas dan bersemangat dalam latihan. Itu apa yang saya rasakan pada saat itu," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan