Skrin Besar Untuk Peminat Bola Sepak Di Kedah

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Yayasan Pembangunan Insan dan Pemuda Umno Kedah telah menyediakan skrin besar yang menayangkan perlawanan Piala Dunia 2010 di semua kawasan Parlimen negeri itu bagi membolehkan golongan muda dan peminat sukan bola sepak berkumpul untuk menonton kejohanan tersebut.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Insan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, skrin besar disediakan bagi memenuhi cita rasa golongan muda yang inginkan kepuasan menonton kejohanan di Afrika Selatan.

Beliau berkata skrin itu dipasang di tempat yang mudah dikunjungi sejak perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak yang berlangsung empat tahun sekali itu sehingga perlawanan akhir.

"Sambutan yang diterima amat meriah dan memberangsangkan. Dalam soal ini, kita tidak melihat kepada soal politik. Sesiapa pun boleh datang. Kita mahu dekatkan politik dengan sukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Jom Pakat Pi Tengok Bola" di Menara Alor Setar di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, walau pun kos penyediaan skrin besar itu tidak begitu tinggi, ia mampu menarik ramai golongan muda untuk berkumpul.

Sehubungan itu, Mukhriz berkata pihaknya turut menjalankan kempen mendaftar pengundi di semua kawasan yang disediakan skrin besar.

"Sesiapa yang belum mendaftar sebagai pemilih kita akan daftarkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan