Cesar, Alves Tarik Nafas Lega

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Brazil, Julio Cesar dan pemain pertahanan Daniel Alves mengakui mereka mampu menarik nafas lega apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Korea Utara 2-1 dalam saingan peringkat Kumpulan G, awal pagi tadi.

"Pasukan Brazil terdiri daripada pemain Inter dan Barcelona. Jadi kami menggabungkan corak permainan kedua-dua pasukan pada saingan itu.

"Permainan berjalan dengan lancar. Kami mengutip tiga mata dan menjaringkan dua gol. Itu bermaksud kami mendahului tangga teratas peringkat kumpulan," katanya.

Memang tidak dinafikan, Brazil kelihatan sedikit tertekan pada babak pertama tetapi mereka mendapat semula rentak permainan pada separuh masa kedua.

Alves percaya, Brazil belum mahu memandang remeh keupayaan Korea Utara memandangkan terdapat dua perlawanan sukar yang perlu diharungi kelak.

"Melihat kepada keputusan perlawanan, kami amat gembira. Perlawanan ternyata sukar tetapi kemenangan berpihak kepada kami," jelas Alves.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan