Memori 1966 Suntik Semangat Korea Utara

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Korea Utara, Kim Jong-hun memberi penghormatan kepada pasukan yang pernah mencipta sejarah dalam bola sepak dunia 44 tahun lalu dan menegaskan laluan mereka ke suku akhir pada ketika itu menyuntik semangatnya untuk mengabdikan diri terhadap perlawanan terulung ini.

Bercakap menjelang perlawanan peringkat Kumpulan G menentang Brazil, Jong-hun memberitahu pemberita semalam bahawa bekas pemain yang beraksi pada 1966 memberi nasihat berguna kepada barisan skuad sedia ada mengenai apa yang perlu ditekankan sepanjang saingan itu.

The "Chollima" pernah mengisi kelompok lapan terakhir di England selepas menewaskan Itali dalam saingan peringkat kumpulan dan mendahului Portugal 3-0 sebelum Eusebio bangkit membiarkan mereka berputih mata dengan keputusan 5-3.

"Ada beberapa pemain yang beraksi pada Piala Dunia di England masih hidup. Kami sempat bertemu dengan mereka sebelum berlepas ke sini.

"Mereka sentiasa berkunjung ke kem latihan kami dan memberi kata-kata semangat. Mereka juga mendedahkan beberapa cabaran yang akan dihadapi sepanjang perlawanan itu," kata Jong-hun.

Korea Utara diundi dalam Kumpulan Maut yang turut dibarisi Portugal, Ivory Coast dan juara lima kali, Brazil.

Bagaimanapun, ramai beranggapan Korea Utara akan pulang lebih awal memandangkan mereka perlu melepasi halangan awal menentang tiga pasukan yang diwakili beberapa pemain terbaik dunia.

"Saya masih ingat memori Piala Dunia 1966. Pada masa itu saya berusia 10 tahun. Saya masih kecil lagi tetapi saya merasakan pasukan Korea Utara beraksi pada tahap terbaik.

"Kejayaan itu menguatkan semangat saya untuk mengabdikan diri kepada bola sepak. Oleh itu saya menerima tawaran untuk menjadi pengurus kebangsaan pasukan ini," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan