Empat Pasukan Layak Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Juara bertahan Terengganu akan bertemu dengan Wilayah Persekutuan pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 di Stadium Hang Tuah di sini, esok.

Kedua-dua pasukan itu layak ke peringkat tersebut selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir di sini, semalam.

Dalam perlawanan di Stadium Hang Tuah petang semalam, Terengganu membelasah Sabah 5-0 di mana Joseph Kallang Tie menyumbang jaringan hatrik pada minit ke-19, 49, dan 61, diikuti Wan Mohd Aliff Wan Jamil pada minit ke-70 dan Shamsul Kamal Mohamad minit ke-88.

Wilayah Persekutuan pula menewaskan Pahang 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tun Fatimah di sini.

Dua gol Wilayah Persekutuan itu dijaringkan Mohd Rosdi Zakaria pada minit ke-70 dan Ahmad Hazwan Bakri minit ke-93.

Dua lagi pasukan yang layak ke separuh akhir ialah Selangor dan Kedah di mana mereka dijadual bertemu di Stadium Hang Tuah dekat sini, pada sebelah malam pukul 8.45 malam, esok.

Selangor melangkah bergaya ke separuh akhir selepas membelasah Kelantan 5-0 dalam perlawanan di Stadium Hang Tuah, malam tadi.

Gol Selangor dijaringkan Farderin Kadir pada minit ke-34 dan 90, G.Mahatevan pada minit ke-43 dan 53, dan Mohd Azrif Nasrulhaq pada minit ke-93.

Kedah layak ke separuh akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan di padang Sekolah Menengah Seri Kota di sini, semalam.

Gol Kedah dijaringkan Mohd Shafiq Jamal pada minit ke-44 dan 47 manakala gol Negeri Sembilan oleh Abdul Rahman Abdul Ghani minit ke-55. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan