Robben Sedia Diturunkan Pada Aksi Pembukaan

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARJEN Robben dilaporkan berada dalam keadaaan cergas untuk diturunkan menentang Denmark pada perlawanan pembukaan Kumpulan E, Isnin depan.

Kenyataan itu disahkan sendiri oleh pakar fisioterapi, Dick van Toorn yang gigih merawat kecederaan yang dialaminya.

Pemain sayap Bayern Munich itu mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan persahabatan dan Pengurus Belanda, Bert van Marwijk memberitahu dia enggan terburu-buru menurunkan Robben pada perlawanan di Johannesburg, Isnin ini.

Sebaliknya, Van Toorn menegaskan Robben sedia diturunkan dan sudah menunjukkan reaksi positif sejak menjalani rawatan pemulihan kecederaannya.

"Saya percaya dia boleh beraksi. Jika dia tidak diturunkan kerana sebab-sebab taktikal, ia ok tetapi anda tidak boleh memberitahu dia tidak cergas," katanya.

Namun, dia berkata keputusan sama ada Robben akan disenaraikan dalam skuad utama Belanda bergantung sepenuhnya kepada penilaian pengurus pasukan itu.

"Keputusan terletak di tangan pengurus. Dia mempunyai pandangan berbeza daripada saya. Dia mungkin enggan membiarkan pemain beraksi dalam kesakitan," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan