Mexico Nyaris Diaibkan, Perancis Terus Cetus Tanda Tanya

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dos Santos terlepas peluang terbaik di depan gol lawan. Foto REUTERS
Dos Santos terlepas peluang terbaik di depan gol lawan. Foto REUTERS

PUJIAN harus diberikan kepada pasukan tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico kerana mempamerkan aksi menghiburkan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia semalam walaupun keputusan berkesudahan seri 1-1.

Melihat kepada permainan pada babak pertama, Mexico dilihat berpeluang cerah untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan semalam tetapi pasukan kendalian Javier Aguirre gagal menemui penyudah berbisa.

Bekas penyerang Barcelona, Giovani Dos Santos tampil cemerlang sejak di awal permainan apabila mempunyai banyak peluang untuk menggegar gawang Afrika Selatan tetapi percubaannya kerap kali tersasar.

Mexico hampir berada di depan pada minit ke-38 menerusi jaringan penyerang Carlos Vela tetapi gol itu dibatalkan kerana offsaid. Kedua-dua pasukan bagaimanapun gagal memecah kebuntuan sehingga tamat perlawanan babak kedua.

Pasukan tuan rumah mula menemui rentak permainan apabila menguasai perlawanan babak kedua. Semangat pasukan tuan rumah mula membara apabila jaringan cantik Siphiwe Tshabalala pada minit ke-55 meletakkan mereka di depan.

Mereka terus memberi tekanan kepada Mexico dan sering melakukan serangan balas tetapi hilang konsentrasi dalam membuat hantaran.

Belumpun skuad Bafana sempat untuk terus unggul di depan, pemain pertahanan Mexico, Rafa Marquez meletakkan pasukan itu kembali dalam saingan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.

Tiga mata penuh nyaris berpihak kepada Afrika Selatan pada minit ke-89 tetapi percubaan Katlego Mphela dari jarak dekat terkena palang gol.

Dalam perlawanan berasingan, Perancis terus mencetuskan teka-teki sama ada mampu bertahan sehingga ke pusingan final kejuaraan terulung ini atau pulang lebih awal selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Uruguay, awal pagi tadi.

Persembahan bekas juara dunia itu tidak menyakinkan dan gagal menjawab segala persoalan yang timbul mengenai perjalanan pasukan kendalian Pengurus Raymond Domenech pada kempen terulung kali ini.

Ia merupakan kali ketiga Perancis memulakan perlawanan penting dengan keputusan seri 0-0. Pada Piala Dunia 2006, mereka turut terikat seri tanpa jaringan dengan Switzerland dan bernasib baik mara ke pusingan final tetapi tewas kepada Itali menerusi penentuan penalti.

Sekali lagi, mimpi ngeri itu ibarat berulang kembali apabila mereka gagal menterjemahkan kehebatan untuk menghasilkan penyudah berbisa.

Pasukan Les Blues turut diuji sentuhan berbisa Diego Forlan yang cuba membolosi gawang lawan beberapa kali. Tidak dinafikan Perancis lebih dominan di bahagian tengah terutamanya menerusi gandingan mantap Abou Diaby, Yoann Gourcuff dan Jeremy Toulalan.

Mereka sepatutnya memanfaatkan peluang untuk mencuri mata sebaik saja Uruguay bermain dengan hanya 10 pemain tetapi tiada sebarang kejutan dilakukan sehingga wisel penamat dibunyikan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan