Jones Tarik Diri Dari Skuad Australia

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Australia, Brad Jones menarik diri secara rasmi daripada 23 pemain akhir pasukan itu pada aksi Piala Dunia di Afrika Selatan atas sebab-sebab peribadi.

Sebelum ini, Jones dilaporkan akan kembali ke kampung halamannya untuk satu tempoh yang tidak dapat ditentukan. Namun kini, penjaga gol Middlesbrough itu disahkan akan terlepas keseluruhan perlawanan.

Pengurus Australia, Pim Verbeek memanggil Eugene Galekovic untuk menggantikan Jones dan akan mengawal kubu gawang pasukan di samping Mark Schwarzer (Fulham) dan Adam Federici (Reading).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pasukan kebangsaan Australia, Jones difahamkan tidak akan kembali ke Afrika Selatan dan akan kekal menemani keluarganya.

Australia diletakkan bersama Jerman, Serbi dan Ghana dalam Kumpulan D. Mereka akan bertemu Jerman pada perlawanan pembukaan, awal pagi Isnin ini.

Kehadiran pemain tengah Everton, Tim Cahill yang disahkan cergas untuk diturunkan bertemu tuan rumah Piala Dunia 2006 itu sedikit sebanyak meniup harapan Australia.

Pemain sayap Harry Kewell dan Brett Emerton turut disahkan cergas untuk memastikan pasukan kendalian Verbeek bebas daripada masalah kecederaan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan