Drogba Akan Diturunkan Jumpa Portugal

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Drogba melambai ke arah peminat sebaik tiba di lapangan terbang antarabangsa O.R. Tambo di Johannesburg, semalam. Foto AFP
Drogba melambai ke arah peminat sebaik tiba di lapangan terbang antarabangsa O.R. Tambo di Johannesburg, semalam. Foto AFP

KAPTEN Ivory Coast, Didier Drogba berkemungkinan besar akan diturunkan pada perlawanan pertama Piala Dunia pasukan itu menentang Portugal minggu depan, kata Pengurus Sven-Goran Eriksson.

Drogba, 32, yang mengalami keretakan di bahagian lengannya ketika menentang Jepun pada perlawanan persahabatan minggu lalu perlu menjalani pembedahan segera dan akan diketepikan pada perlawanan kali ini.

"Jika saingan itu berlangsung hari ini dan esok, dia tidak akan diturunkan. Namun kami masih ada beberapa hari lagi. Dia mungkin beraksi menentang Portugal," kata Eriksson kepada pemberita selepas pasukannya tiba Afrika Selatan, semalam.

Ivory Coast akan bertemu Portugal pada Selasa depan dalam Kumpulan G di Port Elizabeth.

Mereka turut diundi dalam pasukan sukar yang menampilkan Korea Utara dan juara lima kali, Brazil.

"Ia pasukan sukar tetapi kami sudah bersedia sepenuhnya. Kami akan melakukan apa saja untuk menewaskan pasukan lain," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan