Sekitar Gosip Bola Sepak Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah antara 'cakap-cakap' yang kedengaran melibatkan bintang bola sepak antarabangsa ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula pada musim panas ini dan menjelang kempen Piala Dunia yang akan bermula esok.

** Pengurus baru Real Madrid Jose Mourinho menyuarakan hasrat untuk membawa masuk pemain tengah Chelsea, Michael Ballack ke Sepanyol.

** Chelsea bersedia menawarkan 25 juta pound (RM120.69 juta) terhadap pemain tengah Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger.

** Pengurus Arsenal Arsene Wenger mahu mendapatkan khidmat perancang tengah Werder Bremen, Mesut ozil dengan yuran perpindahan bernilai 12 juta pound (RM57.93 juta).

** Wakil Robinho akan bersemuka dengan Manchester City minggu depan untuk memberitahu dia tidak lagi ini beraksi bersama pasukan pimpinan Pengurus Roberto Mancini itu. Dia pernah menyuarakan keinginan untuk berhijrah ke Barcelona dan City dilaporkan bersetuju melepaskannya dengan syarat pemain tengah Barca, Yaya Toure dijadikan sebagai pertukaran ke Eastlands.

** Ejen yang mewakili penyerang Juventus, Vicenzo Iaquinta berkata, dia akan menyertai Tottenham Hotspur pada musim panas ini.

** Pemilik bersama West Ham, David Gold berkata, penjaga gol England, Robert Green akan menjadi rebutan pada perpindahan musim panas ini memandangkan kontraknya akan berakhir tahun depan. Gold mendedahkan, pada peringkat ini, mereka tidak akan berbincang mengenai kontrak baru dengan penjaga gol berusia 29 tahun itu.

** Presiden Barcelona, Joan Laporta 100 peratus yakin kelab Catalan itu akan menyempurnakan perpindahan Cesc Fabregas dari Arsenal.

** Blackburn dan Sunderland sedang bersaing untuk mendapatkan khidmat penyerang Stoke City, Tuncay.

** Tottenham bersedia mengemukakan tawaran baru bernilai 8 juta pound (RM38.67 juta) terhadap pemain bawah 17 tahun England, Connor Wickham.

** Pengurus England, Fabio Capello mahu mengadakan pertemuan dengan Wayne Rooney untuk menasihati penyerang Manchester United itu supaya mengawal emosinya ketika di padang.

** Bekas kapten England, Terry Butcher menegaskan jika dia adalah pemain pertahanan Amerika Syarikat, dia akan merantai pergerakan penyerang England, Wayne Rooney.

** Pemain England memberitahu capello bahawa mereka mahu David James menjadi penjaga gol pilihan pertama ketika aksi Piala Dunia kerana merasakan skil komunikasinya lebih baik berbanding lawan.

** Pemain Amerika Syarikat memperoleh kata-kata semangat daripada juruterbang helikopter yang mengilhamkan filem Black Hawk Down, Komander Dan Jollota menjelang aksi pembukaan kempen Piala Dunia menentang England, Sabtu ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan