Sabah Tewaskan Melaka Dalam Saingan Kumpulan D

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sabah menewaskan pasukan tuan rumah Melaka 1-0 pada perlawanan bola sepak kumpulan D Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Stadium Hang Tuah di sini, malam tadi.

Gol Sabah dijaringkan oleh Mohd Ibnu Kassim pada minit ke-80.

Dalam perlawanan kumpulan sama di stadium itu petang semalam, Selangor menewaskan Sarawak 2-0.

Dua gol Selangor dijaringkan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham pada minit ke-38 dan 60. Dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Tun Fatimah di sini, Kedah menewaskan Perlis 2-1.

Gol Kedah dijaringkan Mohd Hisham Mohd Shofi pada minit ke-75 dan Mohamad Rozaidi Abdul Rahim pada minit ke-94 manakala gol Perlis disumbangkan Muhammad Afiq Azmi pada minit ke-43.

Juga di stadium berkenaan dalam kumpulan sama, Wilayah Persekutuan seri tanpa jaringan dengan Perak.

Dalam perlawanan kumpulan C di Sekolah Menengah Seri Kota, Kelantan mengalahkan Pulau Pinang 1-0. Gol negeri pantai timur itu dijaringkan oleh Muhammad Ramzul Zahini Adenan pada minit ke-81.

Pada sebelah petang di padang sama, Pahang mengalahkan Johor 3-2 dalam saingan kumpulan B.

Gol Pahang disumbangkan oleh R. Surendran pada minit ke 44, Syed Farul Hakim Syed Mahmud minit ke-68 dan Muhammad Fauzi Rozlan minit ke-74.

Dua gol Johor itu dijaringkan Mohd Shoufiq Mohamad Kusaini pada minit ke-22 dan Yuhendri Rusdi pada minit ke-29.

Perlawanan yang masih dalam peringkat kumpulan akan bersambung esok.

- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan