Pasukan Pertama Beraksi, Vela Akui Mexico Tertekan

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG muda Arsenal, Carlos Vela (gambar) mengakui Mexico berada dalam keadaan tertekan ketika pasukan itu mempersiapkan diri menjelang perlawanan pembukaan menentang pasukan tuan rumah, Afrika Selatan, malam esok.

Meskipun perlawanan pembuka tirai kempen Piala Dunia musim ini yang berlangsung di Johannesburg akan menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak seluruh negara, Vela percaya pasukannya mampu menghasilkan kejutan.

"Ia adalah peluang terbaik tetapi segalanya akan menjadi sukar kerana kami terpaksa mengharungi perlawanan pertama. Kami akan bertemu pasukan tuan rumah dan sudah pastinya kami tertekan.

"Saya yakin kunci utama untuk menangani tekanan ini adalah mengawal perasaan gementar kami secepat mungkin. Kami cuma perlu bermain seperti biasa dan sudah bersedia untuk menempuh halangan sukar ini," katanya.

Vela turut berbangga dengan prestasi semasa Mexico sepanjang perlawanan persahabatan mereka.

"Kami sudah bersedia sepenuhnya. Anda tidak akan menentang pasukan lawan seperti England, Belanda dan Itali setiap hari. Kami tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan pertama," tambahnya.

Pemain berusia 21 tahun itu meledak sembilan gol dalam 28 penampilan menjelang perlawanan pada musim panas ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan