Robben Terlepas Aksi Pembukaan, Tetap Perkuat Belanda

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN sayap Belanda, Arjen Robben sedang berusaha keras untuk memulihkan kecederaannya tetapi tidak akan diturunkan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Denmark pada 14 Jun ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Belanda, selepas perbincangan di antara kakitangan perubatan dan pakar fisioterapi, Dick van Toorn, Robben dibenarkan berlepas bersama pasukan itu pada hujung minggu ini.

"Saya tidak fikir dia sedia diturunkan bertemu Denmark. Sejak aksi Liga Juara-juara Eropah bulan lalu, dia telah menyertai sesi latihan penuh. Kami tidak perlu terburu-buru menurunkannya," kata Pengurus Bert van Marwijk.

Katanya, misi utama pasukan adalah membiarkan dia pulih supaya dapat membantu pasukan dalam perlawanan getir selama sebulan itu.

Robben hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian hamstring kirinya selepas meledak dua gol untuk Belanda sebelum pasukan itu menundukkan Hungary 6-1, Sabtu lalu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan