Portugal Sahkan Nani Terkeluar Dari Skuad Piala Dunia Akibat Kecederaan Bahu

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS Michael Ballack, Rio Ferdinand, Didier Drogba dan Arjen Robben berada dari senarai pemain ternama yang tidak akan beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia kini Nani pula diumumkan sebagai mangsa kecederaan terbaru yang terpaksa melupakan kejohanan terbesar dunia itu.

Berita terbaru ini disahkan sendiri oleh Persekutuan Bolasepak Portugal dalam satu kenyataan semalam.

Nani disahkan mengalami kecederaan pada bahu kirinya dan tidak sempat sembuh sepenuhnya untuk beraksi di Piala Dunia.

Kecederaan itu berlaku sewaktu latihan Jumaat lalu di Lisbon.

Menurut kenyataan tersebut, laporan perubatan Nani kini akan dihantar ke Jabatan Perubatan Manchester United.

Persekutuan Bolasepak Portugal turut mengumumkan bahawa mereka telah memanggil Ruben Amorim untuk mengantikan tempat Nani.

Nani pada mulanya memberitahu pihak media dia berasa selesa dengan bahunya itu dan berkata pasukan perubatan akan memeriksanya sekali lagi setibanya mereka di Afrika Selatan.

Malangnya pemeriksaan doktor mendapati kecederaan yang dialaminya itu adalah serius dan memerlukan rawatan lanjut.

Nani telah mempamerkan aksi cemerlang pada babak kedua musim lalu sehingga mendorong Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson untuk berkata bahawa pemain itu telah mencapai tahap kematangan yang diperlukan untuk menjadi pemain sayap terbaik United selepas ketiadaaan Christiano Ronaldo.

Portugal sebelum ini juga hampir kehilangan seorang lagi pemain pertahanan ternama dari Real Madrid iaitu Pepe, tetapi pemain itu bernasib baik sempat sembuh sepenuhnya menjelang Piala Dunia.

Portugal berada dalam 'kumpulan maut' bersama Brazil, Ivory Coast dan Korea Utara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan