Benitez Selangkah Ke San Siro

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Inter Milan, Massimo Moratti mengesahkan Rafael Benitez (gambar) telah mempersetujui tawaran untuk menjadi pengurus baru kelab gergasi Itali itu.

Moratti mendedahkan perbincangan dengan Benitez belum dilakukan di antara kedua-dua pihak dan memberitahu bekas pengurus Liverpool itu dijangka tiba di Milan minggu ini.

Beliau juga mendedahkan pengumuman akan dibuat hari ini untuk mengesahkan bila tarikh sebenar Benitez akan diperkenalkan sebagai pengganti Jose Mourinho.

"Kami sudah bersetuju dengan butiran akhir yang tidak begitu penting. Apa yang diperlukan ketika ini adalah tandatangan kedua belah pihak. Kami akan perkenalkan Benitez kepada umum kelak," katanya.

Benitez sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke Inter sejak kariernya selama enam tahun mengemudi The Reds berakhir dengan persetujuan bersama minggu lalu.

Pada Isnin lalu, Moratti memberitahu bahawa perjanjian dengan pengurus berusia 50 tahun itu hampir menjadi kenyataan dan yakin butiran akhir sudah dipersetujui semalam.

Menurut beberapa laporan di Itali, Benitez akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bernilai lima juta euro (RM19.87 juta) semusim tetapi dakwaan itu disangkal Moratti.

Benitez mungkin akan membawa pembantunya di Anfield, Mauricio Pellegrino, jurulatih penjaga gol, Xavi Valero dan jurulatih kecergasan, Paco de Miguel bersamanya ke San Siro sebagai kakitangan tambahan di Inter.

Dia masih mempunyai baki kontrak selama empat tahun bersama Liverpool tetapi meninggalkan kelab itu selepas gagal membantu The Reds menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Liverpool sekadar menduduki tempat ketujuh sekali gus gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-juara Eropah musim depan.

Sebelum ini, beliau pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid tetapi kerusi panas itu telah diisi Mourinho yang meninggalkan San Siro selepas membantu Inter memenangi kejuaraan Eropah dan Serie A musim lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan