Sukma: Skuad Bola Sepak Terengganu Benam Kelantan

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Terengganu (jersi putih) dan pemain Kelantan berebut bola pada perlawanan bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, dalam Kumpulan C, di Melaka, semalam.
Pemain Terengganu (jersi putih) dan pemain Kelantan berebut bola pada perlawanan bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, dalam Kumpulan C, di Melaka, semalam.

MELAKA: Bola sepak menjadi acara pembuka tirai Sukan Malaysia ke-13 dengan menyaksikan juara bertahan Terengganu membenam Kelantan 4-0 pada perlawanan Kumpulan C di padang Sekolah Menengah Seri semalam.

Terengganu yang terpaksa bermain dengan 10 orang setelah pemainnya Mohd Nuralif Zainal Abidin diperintah keluar padang pada minit ke-40, membuka jaringan menerusi Mohd Firdaus Mohd Faudzi pada minit ke-29 sebelum Shamsul Kamal Muhammad menjaringkan gol kedua Terengganu pada minit ke-58.

Pesta gol Terengganu dilengkapkan oleh Joseph Kalang Tie yang meledak dua gol pada minit ke-55 dan ke-90.

Dalam saingan Kumpulan A, Kedah hanya mampu seri 2-2 dengan Wilayah Persekutuan dalam perlawanan sengit di Stadium Tun Fatimah di sebelah pagi di mana Kedah membuka tirai jaringan menerusi ketua pasukan yang juga pemain Liga Super, Muhammad Shafiq Jamal pada minit ke-12.

Wilayah Persekutuan menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-62, Yong Kuong Yong menyamakan kedudukan 1-1 untuk Wilayah Persekutuan yang kemudiannya dibalas pula oleh Kedah dengan gol hasil jaringan Mohd Hisham Mohd Shofi pada minit ke-78 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Namun nasib tidak menyebelahi Kedah apabila pemain gantian Wilayah, Mohd Badrul Hisyam Azmi menyamakan kedudukan 2-2 untuk Wilayah Persekutuan pada minit ke-89.

Dalam aksi kumpulan yang sama di sebelah petang pula, Perak menewaskan Perlis 1-0 hasil jaringan S. Savirimuthu pada minit ke-82.

Dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Hang Tuah petang tadi, Selangor membelasah Sabah 4-0 di mana Selangor memperolehi gol pertama melalui jaringan Wan Mohd Hoesne Wan Hussain pada minit ke-26.

Pemain pasukan Liga Super Selangor, Faderin Kadir muncul wira pasukan apabila meledakkan dua gol pada minit ke-31 dan 84, manakala Muhammad Shafiq Abd Samad melengkapkan kemenangan bergaya Selangor dengan gol keempat pada minit ke-92.

Dalam satu lagi perlawanan dalam kumpulan yang sama, tuan rumah Melaka menang tipis ke atas Sarawak 1-0 hasil jaringan Mohd Hilmi Rosli pada minit ke-33.

Dalam saingan Kumpulan B pagi semalam, menyaksikan Negeri Sembilan seri 1-1 dengan Johor dalam perlawanan yang dicemari dengan layangan tujuh kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan serta satu kad merah kepada pemain Johor S.Kumaresan.

Johor yang terpaksa bermain dengan 10 orang terlebih dahulu membuka jaringan oleh Mohd Faizol Hussain pada minit ke-51 manakala Mohd Firdaus Azizul menyamakan kedudukan untuk Negeri Sembilan menerusi jaringan pada minit ke-74.

Saingan bola sepak bersambung esok.

- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan