Kaka Laung Amaran Awal

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kaka meraikan jaringannya dengan Daniel Alves (kiri) dan Maicon ketika bertemu Tanzania, semalam. Foto AFP
Kaka meraikan jaringannya dengan Daniel Alves (kiri) dan Maicon ketika bertemu Tanzania, semalam. Foto AFP

PEMAIN tengah Brazil, Kaka memberi amaran awal kepada pasukan lain bahawa dia akan beraksi pada tahap terbaik menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia yang akan bermula Jumaat ini.

Juara dunia lima kali itu berjaya menewaskan Tanzania 5-1 pada perlawanan pemanas badan terakhir semalam.

"Saya amat gembira hari ini (semalam). Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah bekerja lebih keras. Saya tidak sabar untuk diturunkan pada setiap perlawanan. Saya bertambah matang dalam perlawanan ini," katanya.

Perancang tengah Real Madrid itu terlepas beberapa perlawanan penting bersama Los Blancos musim lalu akibat kecederaan pangkal paha dan tahap kecergasannya sentiasa menjadi perhatian utama Brazil pada perlawanan penting ini.

"Tahap kecergasannya menaikkan semangat kami untuk melihat dia beraksi sepanjang perlawanan. Dia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kami terpaksa memantau kecederaannya kerana dia ingin berlatih setiap pagi, petang dan malam," kata Dunga.

Tags / Kata Kunci: Kaka , Piala Dunia , Tanzania , Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan