Robben Dikekalkan Dalam Skuad Belanda

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Belanda Bert van Marwijk akan mengekalkan Arjen Robben dalam skuadnya selepas keputusan pemeriksaaan imbasan semalam mengesahkan kecederaan pemain sayap itu tidak begitu serius seperti dijangkakan.

Persatuan Bolasepak Belanda berkata, Robben memperoleh kecederaan hamstring di kaki kirinya ketika perlawanan pemanas badan terakhir menentang Hungary, kelmarin.

Robben diturunkan pada babak kedua untuk penampilan pertamanya pada kempen perlawanan persahabatan antarabangsa dan menjaringkan dua gol ketika Belanda menang 6-1 ke atas Hungary sebelum meninggalkan padang dalam keadaan terhincut-hincut.

"Saya bercadang untuk tidak memanggil pengganti kerana ingin memberi peluang kepadanya untuk pulih dan kembali menyertai skuad pada perlawanan ini," kata Van Marwijk.

Belanda akan beraksi menentang Denmark pada perlawanan pembukaan, 14 Jun ini dan Van Marwijk boleh menggantikan Robben dalam tempoh 24 jam sebelum aksi bermula. Jepun dan Cameroon juga diletakkan bersama Belanda dalam Kumpulan E.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan