14 Cedera Ketika Pertemuan Nigeria, Korea Utara

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHANNESBURG: NIGERIA membuktikan mereka terlalu kuat untuk Korea Utara pada perlawanan pemanas badan terakhir yang turut diterjejas akibat rempuhan beramai-ramai di luar stadium sehingga mengakibatkan 14 cedera.

Peminat tanpa tiket merempuh masuk ke dalam stadium dan menyebabkan seorang anggota polis cedera ketika mereka cuba berebut memasuki stadium kecil di Tembisa, pinggir bandar Johannesburg.

Polis meminta beberapa pegawai perlawanan untuk menghentikan saingan itu empat minit memasuki babak kedua tetapi ia diteruskan semula beberapa minit kemudian selepas mereka menenangkan keadaan di tempat duduk utama dan meleraikan 500 peminat yang cuba memasuki stadium.

Hanya 8,000 tiket dijual untuk perlawanan itu.

Nigeria mendahului seawal minit ke-17 menerusi jaringan Yakubu Aiyegbeni sebelum Vistor Obinna menggandakan jaringan dengan meledak sepakan penalti.

Korea Utara bangkit pada minit ke-64, hasil jaringan Jong Tea-sea dari jarak dekat. Namun mereka gagal menyekat kemaraan lawan apabila Obafemi Martins melengkapkan gol kemenangan Nigeria ketika perlawanan berbaki dua minit.

Cha Jong-hyok diperintah keluar padang ketika perlawanan berbaki 13 minit selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Selepas terikat seri ketika menentang Arab Saudi dan Colombia, ia adalah kemenangan pertama Nigeria di bawah pimpinan pengurus baru, Lars Lagerback.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan