Kapten Pasukan Bola Sepak Perlis Akhiri Zaman Bujang

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kapten pasukan bola sepak Perlis Mohd Fauzie Nan menamatkan zaman bujangnya apabila melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru di sini semalam.

Majlis perkahwinan itu yang berlangsung di Dewan Khoon Aik di sini turut dihadiri para pemain dan penyokong pasukan bola sepak Perlis.

Mohd Fauzie, 30, memilih Shahira Fairishmar Jamil, 29, seorang guru yang berkhidmat di Kulai, Johor sejak enam bulan lepas.

Shahira Fairishmar yang berasal dari Kangar dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik, berkenalan dengan Mohd Fauzie di Kuala Lumpur pada 2006.

Pemain bola sepak yang berasal dari Kedah ini menjadi kapten pasukan bola sepak Perlis setelah menyertai pasukan itu pada tahun 2006.

Hari ini akan berlangsung majlis kenduri perkahwinan di kampung asal Mohd Fauzie di Kampung Pulau Keramat, Kubor Panjang, Kedah. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan