Piala Dunia: Ketua Pasukan Ivory Patah Lengan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEPUN: Ketua pasukan Ivory Coast Didier Drogba terkeluar senarai pemain yang menyertai kejohanan Piala Dunia selepas lengan kanannya patah kata jurucakap pasukan itu Eric Kacou kepada Associated Press.

Kacao berkata kecederaan Drogba disahkan berlaku pada minit ke-15 minit ketika Ivory menentang Jepun dalam satu perlawanan persabahatan.

Pada perlawanan tersebut Ivory menang 2-0 menewaskan Jepun.

“Dalam kejadian itu lengan kanannya patah,” katanya.

Drogba telah menjaringkan 29 gol daripada 32 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini disamping membantu Chelsea mengekalkan kejuaraan liga tersebut.

Perlawanan persahabatan itu merupakan acara terakhir sebelum kedua-dua pasukan berlepas ke Arfika Selatan sebelum memulakan kempen Piala Dunia.

Pada 15 Jun ini pasukan Ivory dijadual berhadapan dengan Portugal di Port Elizabeth sementara Jepun bakal menentang Cameroon di Bloemfontein.

Penyerang Ivory berusia 32 tahun itu terjatuh apabila terkena bola hantaran tinggi yang disepak oleh pemain pertahanan Jepun Marcus Tulio Tanaka. Ekoran insiden berkenaan, Drogba terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Saya pasti siku beliau tercedera. Sudah pasti saya risau, dia merupakan ketua pasukan dan juga salah seorang pemain terbaik dunia,” kata jurulatih pasukan Ivory, Sven Goran-Erickson.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya masih menunggu laporan perubatan daripada doktor berhubung kecedaraan yang dialami Drogba.

Bagaimanapun, Erickson berkata beliau tidak menyalahkan Tulio atas apa yang berlaku kerana beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai malang tidak berbau.

“Ia bukan satu kejadian yang teruk atai bodoh. Dia (Tulio) tidak berniat untuk mencederakan sesiapa. Bola Sepak ialah sukan yang mempunyai taktik tersendiri,”

Dua minit sebelum perlawanan persahabatan tersebut berakhir, Drogba mengambil sepakan percuma namun bola tersebut dilencongkan oleh Tulio supaya tidak membolosi gawang Jepun.

Mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh Badan bolasepak dunia FIFA pemain yang mengalami kecedaraan boleh digantikan dalam tempoh 24 jam sebelum perlawanan pertama pasukan berkenaan.

Terdahulu rakan sepasukan Drogba, Michael Ballack dan Michael Essien turut mengalami kecederaan ketika bermain untuk Chelsea.

Ballack yang juga kapten pasukan Jerman serta Essien yang merupakan pemain tengah Ghana juga gagal menyertai musim Piala Dunia edisi kali ini. - AP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan