Juara Bertahan Terengganu Bertemu Kelantan Pada Perlawanan Pertama 7 Jun

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Terengganu, juara bertahan acara bola sepak lelaki di Sukan Malaysia (Sukma) dua kali berturut-turut sejak 2006 akan bertemu jiran terdekat Kelantan pada perlawanan pertama di padang Sekolah Menengah Seri Kota pada 7 Jun.

Terengganu yang menewaskan Perlis pada Sukma 2008 di tempat sendiri telah diundi dalam Kumpulan C akan bertemu Pulau Pinang pada 11 Jun dalam perlawanan kedua untuk penentuan ke pusingan seterusnya di peringkat suku akhir.

Sebanyak 14 pasukan akan menyertai acara bola sepak lelaki yang akan membuka tirai Sukma Melaka pada 7 Jun sebelum pembukaan rasmi temasya dwi tahunan itu di Stadium Hang Jebat pada 12 Jun oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sebanyak 33 acara akan berlangsung di Sukma edisi ke-13, acara bola sepak akan bermula awal, sebanyak enam perlawanan pada 7 Jun sebelum beberapa acara sukan lain pula membuka tirai pada 10 Jun.

Kedah yang diundi dalam Kumpulan A akan bertemu Wilayah Persekutuan pada perlawanan pembukaan pada sebelah pagi di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit manakala juara Sukma 2004, Negeri Sembilan, bermain dalam Kumpulan B akan menentang Johor pada masa yang sama di padang Sekolah Menengah Seri Kota.

Turut diundi dalam Kumpulan A ialah Perlis dan Perak manakala Pahang diundi dalam Kumpulan B.

Pasukan tuan rumah Melaka akan menentang Sarawak pada perlawanan pertama Kumpulan D, pada sebelah malam di Stadium Hang Tuah.

Perlawanan pertama Melaka itu mengulangi aksi perlawanan akhir bola sepak Sukma 1986 di Sarawak yang dimenangi oleh pasukan Bumi Kenyalang itu.

Malahan pencapaian di Sarawak adalah prestasi terbaik negeri Hang Tuah yang akan turun menentang Sabah pada 9 Jun pada perlawanan kedua dan perlawanan ketiga pada 11 Jun yang juga penutup Tirai peringkat kumpulan pada 11 Jun.

Perlawanan suku akhir akan diadakan pada 14 Jun, separuh akhir pada 16 Jun dan perlawanan akhir yang juga penentuan pingat emas pada 18 Jun di venue utama di Stadium Hang Jebat.

Empat venue perlawanan bola sepak lelaki ialah di Stadium Tun Fatimah, Sekolah Menengah Seri Kota, Stadium Hang Tuah dan Stadium Hang Jebat.

Berikut ialah jadual penuh pertandingan bola sepak lelaki Sukma ke-13 yang dikeluarkan oleh pihak penganjur hari ini.

7 Jun

Kumpulan A : Kedah mln Wilayah Persekutuan (8 pagi) : Perlis mln Perak (4.45 petang)

Kumpulan B : Negeri Sembilan mln Johor (8 pagi)

Kumpulan C : Terengganu mln Kelantan (4.45 petang)

Kumpulan D : Selangor mln Sabah (4.45 petang) Melaka mln Sarawak (8.45 malam)

9 Jun

Kumpulan A : Kedah mln Perlis ( 8 pagi) Wilayah Persekutuan mln Perak (4.45 petang)

Kumpulan B : Johor mln Pahang (4.45 petang)

Kumpulan C : Kelantan mln Pulau Pinang (8 pagi)

Kumpulan D : Sarawak mln Selangor (4.45 petang) Melaka mln Sabah (8.45 malam)

11 Jun

Kumpulan A : Wilayah Persekutuan mln Perlis (8 pagi) Perak mln Kedah (4.45 petang)

Kumpulan B : Pahang mln Negeri Sembilan (8 pagi)

Kumpulan C : Pulau Pinang mln Terengganu (4.45 petang)

Kumpulan D : Sabah mln Sarawak (4.45 petang) Melaka mln Selangor (8.45 malam) - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan