Capello Komited Pimpin England

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Persatuan Bola Sepak England (FA) mengesahkan Fabio Capello telah menandatangani kontrak yang dipinda untuk terus mengemudi skuad The Three Lions selepas perlawanan Euro 2012.

Masa depan Capello sering menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu selepas Presiden Inter Milan, Massimo Moratti mengakui pengurus berusia 63 tahun itu mengisi senarai teratas untuk mengganti kerusi panas yang ditinggalkan Pengurus Jose Mourinho.

Dengan pendapatan tahunan bernilai 9 juta pound (RM43.3 juta), kenaikan 50 peratus berbanding pendapatan tahunannya bernilai 6 juta pound (RM28.8 juta) yang ditawarkan FA sebelum ini, mungkin menarik perhatian bekas Pengurus AC Milan itu.

Namun, selepas mempersetujui perjanjian secara lisan dengan bekas Pengerusi FA, Lord Triesman untuk kekal selepas Kejuaraan Eropah 2012, Capello akhirnya mengumumkan dia akan terus komited mengemudi England.

Beberapa jam sebelum Capello dan 23 skuad akhir England berlepas ke Afrika Selatan untuk aksi Piala Dunia 11 Jun ini, FA kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pengurus berpengalaman itu akan kekal sehingga tamat aksi Euro 2012.

"FA mengesahkan Fabio Capello komited terhadap pasukan England sehingga kejuaraan Euro 2012. Satu pindaan dalam kontraknya sudah ditandatangani dan diserahkan hari ini," kata seorang pegawai dalam laman web FA.

Pindaan kontrak itu melibatkan klausa penarikan diri untuk FA dan Fabio.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan