Piala Dunia: Beberapa 'Senjata Utama' Diketepikan

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyerang AC Milan, Alexandre Pato tidak tersenarai dalam skuad final Brazil.
Penyerang AC Milan, Alexandre Pato tidak tersenarai dalam skuad final Brazil.

KURANG dari tempoh 10 hari saja lagi kemuncak Piala Dunia 2010 akan membuka tirainya di Afrika Selatan.

Namun di sebalik kehangatan perlawanan utama di dunia itu, terdapat beberapa pemain bintang yang diketepikan oleh pasukan masing-masing.

Ketiadaan mereka sedikit sebanyak akan menyumbang kepada risiko tersingkir awal pada perlawanan yang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai ini.

Juara dunia lima kali, Brazil terkenal dengan barisan pertahanan terbaik dalam sejarah dengan menurunkan penjaga gol, Julio Cesar dan tonggak utama seperti Maicon, Lucio dan Daniel Alves.

Namun mereka kekurangan sentuhan berbisa di bahagian serangan. Pemilihan pengurus Dunga turut dipertikaikan ramai pihak lebih-lebih lagi apabila penyerang AC Milan, Alexandre Pato tidak tersenarai dalam skuad final Brazil.

Walaupun Pato diketepikan dalam tempoh lama akibat kecederaan, dia masih berupaya meledak 14 gol dalam 30 perlawanan. Pemain berusia 21 itu mempamerkan persembahan dalam kelas tersendiri yang tidak dapat dilihat pada pemain lain.

Pada masa sama, pencabar terdekat Brazil, Argentina turut mengetepikan beberapa pemain bintang. Sudah semestinya, pemilihan 23 pemain akhir ke kejohanan penting itu suatu yang sukar dilakukan.

Pasukan kendalian Pengurus Diego Maradona itu mempunyai ramai pemain berbakat tetapi memperoleh kelebihan berdasarkan pengalaman beberapa pemainnya.

Dua tonggak utama Inter Milan, Javier Zanetti dan Esteban Cambiasso akan memperkuat Argentina di Afrika Selatan. Pemilihan mereka tidak dapat dipertikaikan memandangkan kedua-duannya merupakan aset berharga bekas Pengurus Inter, Jose Mourinho pada aksi Serie A musim lalu.

Zanetti boleh beraksi di bahagian pertahanan dan tengah manakala Cambiasso adalah antara salah seorang pemain tengah terbaik di dunia.

Sementara itu, pemilihan Pengurus Perancis Raymond Domenech turut dipertikaikan apabila dia menggugurkan penyerang Real Madrid, Karim Benzema.

Benzema mempamerkan aksi hambar bersama Real Madrid musim ini namun penyerang muda itu mampu mengubah perlawanan pada bila-bila masa. Perancis dilihat akan terlalu bergantung kepada penyerang sensasi, Thierry Henry.

Juara bertahan Piala Dunia, Itali juga tidak menyenaraikan nama beberapa pemain berpotensi untuk membantu pasukan itu meneruskan misi mereka tahun ini. Pengurus Marcello Lippi percaya penyerang Sampdoria, Antonio Cassano mampu mempengaruhi rentak permainan pasukan itu. Namun keupayaan dilihat menjadi tonik utama buat The Azzuri untuk terus kekal sehingga perlawanan akhir di Afrika Selatan.

Tanpa kelibatnya, mungkin Itali perlu menggandakan usaha untuk melepasi kelompok 16 terakhir.

Bagi pasukan England pula, Fabio Capello perlu menyenaraikan pemain Chelsea, Joe Cole untuk mengiringi skuad itu ke benua Afrika.

Bakatnya menggelecek bola sedikit sebanyak akan memberi kelebihan kepada England. Dia juga boleh membolosi kubu pertahanan lawan menerui gerakan solo. Semua pasukan sudah tentu memerlukan pemain sepertinya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan