Jose Mourinho Diperkenalkan Secara Rasminya Sebagai Jurulatih Real Madrid

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho secara rasminya dipersembahkan di hadapan para peminat setia Real Madrid di Santiago Bernabéu sebagai pengurus kelab itu yang baru sebaik sahaja selesai menandatangani kontrak untuk berkhidmat selama empat tahun.

Pengurus berbangsa Portugis itu berpindah dari juara Itali, Inter Milan selepas berjaya mengemudi kelab itu merangkul tiga kejuaraan dalam satu musim iaitu Piala Itali, Piala Liga dan Piala Juara-Juara Eropah.

Mourinho, yang kini melakar sejarah sebagai pengurus serta jurulatih Real yang kesembilan dalam tempoh enam tahun mengantikan pengurus berbangsa Chile, Manuel Pellegrini, yang dipecat Ahad lalu. Dan sepertimana jurulatih yang terdahulu, Pellegrini hanya sempat menerajui Real untuk semusim sahaja.

"Mourinho telah menandatangani kontrak untuk melatih Real selama empat musim," kata Pengarah Sukan Real Madrid, yang juga bekas pemain lagenda kelab itu dari Argentina, Jorge Valdano.

Mourinho, 47, menamatkan kontraknya bersama Inter sebaik sahaja kelab itu memenangi Piala Eropah - yang pertama kali sejak tahun 1965 - selepas dua musim mengemudi kelab ternama Itali itu.

Real dikatakan membayar pampasan kepada Inter sebanyak €8 juta (atau £6.8juta) untuk mendapatkan khidmatnya.

"Saya tidak pasti apakah saya dilahirkan untuk melatih Real Madrid tetapi yang saya pasti sekarang ialah saya dilahirkan untuk menjadi jurulatih bolasepak.

"Saya tetap José Mourinho yang anda semua kenali dan saya tidak berubah sedikit pun. Saya tiba di Real dengan semua kualiti yang saya ada dan juga dengan kelemahan yang saya ada. Tetapi saya terdorong untuk menyertai Real kerana sejarahnya yang panjang dan luar biasa, kerana kekecewaan yang terpaksa kelab ini harungi sejak akhir-akhir ini dan semangatnya untuk menang.

"Ini adalah sebuah kelab yang sangat unik dan saya percaya bagi seorang jurulatih, tidak berpeluang untuk melatih kelab ini hanya akan meninggalkan jurang yang sangat besar dalam sejarah karier mereka.

"Dan saya bernasib baik kerana saya memiliki karier yang sangat cantik dan saya berasa bangga kerana telah diminta untuk menerajui kelab ini," ujarnya di hadapan beratus wartawan dan jurugambar.

Di sebalik membariskan bintang-bintang ternama termasuk dua orang pemain terbaik dunia, Real masih berada di belakang Barcelona dan disingkirkan dalam Liga Juara-Juara Eropah untuk enam musim berturut-turut di peringkat kumpulan 16 pasukan kalah mati.

Bagaimanapun Mourinho mengakui risiko melatih Real ialah seorang jurulatih itu mesti bersedia untuk dipecat pada bila-bila masa sahaja jika gagal.

"Dan saya adalah seorang jurulatih yang yakin kepada kebolehan diri saya dan saya tidak pernah memikirkan soal sama ada saya akan dipecat di hujung musim atau tidak. Dan saya berasa, empat tahun adalah tempoh yang memadai untuk memenangi sesuatu di Real Madrid," ujarnya lagi.

Tegas Mourinho lagi, sementara beliau sedih dengan pemecatan Pellegrini tetapi semua pihak harus menerima hakikat yang itu adalah sifat semulajadi bolasepak.

Kata jurulatih itu lagi, beliau mahu pasukannya mempunyai identiti yang jelas dan tidak ada siapa pun yang lebih besar atau penting daripada objektif kelab tersebut.

Tegas Mourinho lagi, beliau dan juga pengurus kelab berpuashati dengan susunan pasukan yang ada sekarang dan hanya memerlukan sedikit tambahan untuk memperkukuhkan skuad ini.

Beliau juga menegaskan dirinya bukanlah anti Barcelona, sebagaimana yang difikirkan oleh ramai pihak.

"Saya bukanlah anti-Barcelona. Saya adalah jurulatih Real Madrid tetapi Barça tidak pernah membimbangkan saya. Satu-satunya tumpuan saya sekarang ialah bagaimanakah untuk membangunkan Real. Tidak ada istilah ketakutan dalam kamus hidup saya," katanya lagi.

Mengenai Inter, Mourinho berkata, Inter akan terus menguasi liga Itali kerana pasukan yang ditinggalkannya mampu untuk meneruskan prestasi cemerlang mereka.

Malah katanya, jurulatih yang bakal menerajui Inter sangat beruntung kerana dia dapat terus memimpin Inter dalam tiga final di awal musim hadapan iatu Piala Super Itali, Piala Super Eropah dan Piala Antara Kelab Dunia.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan