Enam Pemain Berpengalaman Dalam Skuad Nigeria - Bola Sepak | mStar

Enam Pemain Berpengalaman Dalam Skuad Nigeria

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIGERIA menamakan enam pemain berpengalaman dalam aksi Piala Dunia, semalam dalam senarai 23 pemain yang akan berlepas ke Afrika Selatan.

Persatuan Bola Sepak Nigeria memberitahu Nwankwo Kanu akan mengetuai skuad Nigeria pada aksi Piala Dunia ketiganya.

Pengurus Lars Lagerback yang membuat pemilihan terakhir selepas hanya memimpin pasukan itu dalam dua perlawanan turut menyenaraikan Rabiu Afolabi, Vincent Enyeama, Austin Ajide, John Utaka dan Joseph Yobo. Mereka antara pemain yang membantu Nigeria mara ke peringkat final pada 2002.

Dia turut menggugurkam pemain Everton, Victor Anichebe dan pemains sayap, Ike Uche yang mempamerkan aksi cemerlang pada pusingan kelayakan. Namun, kedua-duanya menanggung kecederaan yang berlarutan.

Walaupun beraksi pada perlawanan pemanas badan, Lagerback memutuskan untuk tidak mengambil risiko terhadap tahap kecergasan mereka.

Turut tersenarai adalah pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel yang baru saja pulih daripada kecederaan lutut.

Penjaga gol: Dele Aiyenugba (Bnei Yehuda), Austin Ejide (Hapoel Petah Tikvah), Vincent Enyeama (Hapoel Tel Aviv).

Pemain pertahanan: Dele Adeleye (Sparta Rotterdam), Rabiu Afolabi (Red Bull Salzburg), Elderson Echiejile (Stade Rennes), Chidi Odiah (CSKA Moscow), Danny Shittu (Bolton Wanderers), Taye Taiwo (Olympique Marseille), Joseph Yobo (Everton).

Pemain tengah: Yusuf Ayila (Dynamo Kiev), Dickson Etuhu (Fulham), Sani Kaita (Alania Vladikavhaz), Nwankwo Kanu (Portsmouth), Haruna Lukman (Monaco), John Obi Mikel (Chelsea), Kalu Uche (Almeria), John Utaka (Portsmouth).

Penyerang: Yakubu Aiyegbeni (Everton), Obafemi Martins (VfL Wolfsburg), Obinna Nsofor (Malaga), Chinedu Obasi (Hoffenheim), Peter Odemwingie (Lokomotiv Moscow).

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan