Ejen Ibrahimovic Terima Amaran Dari Barca

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA memberi amaran kepada ejen Zlatan Ibrahimovic bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk menjual bekas penyerang Inter Milan itu jika ejennya terus mengkritik kelab tersebut.

Kelab gergasi itu memberi reaksi balas terhadap kenyataan Mino Raiola yang menyatakan Pengurus Barca, Pep Guardiola perlu menjalani rawatan di hospital mental jika dia mempertimbangkan untuk menjual Ibrahimovic ke kelab lain musim depan.

"Jika Barca memerlukan wang mengapa mereka sentiasa bercakap mengenai Ibrahimovic dan bukannya Lionel Messi atau Pedro?," kata Raiola dalam laman web Barca.

Pengarah Barca, Joan Oliver bagaimanapun pantas mempertahankan Guardiola.

"Kami tidak suka komen yang dikeluarkan Mino Raiola. Kami tidak memerlukan wang malah tidak akan menjual Ibrahimovic. Jika perkara bertambah buruk, tiada alternatif lain melainkan mencari pintu keluar," kata Oliver.

Ibrahimovic gagal memenuhi harapan pada musim pertamanya bersama Barca dan kerap kali diturunkan sebagai pemain simpanan.

Kehadiran penyerang berbisa Sepanyol, David Villa dari Valencia minggu lalu menyebabkan Ibrahimovic terpaksa bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Barca musim depan walaupun kelab itu menegaskan dia bukan untuk dijual.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan