Ronaldo Sedia Ubah Angin

Diterbitkan: Khamis, 29 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ronaldo memasang niat untuk meninggalkan Santiago Bernabeu. - Foto AFP
Ronaldo memasang niat untuk meninggalkan Santiago Bernabeu. - Foto AFP

BERNABEU: Bekas pemain sayap Manchester United, Cristiano Ronaldo sudah bersedia untuk meninggalkan Real Madrid selepas mengakui dia tidak mahu kekal terlalu lama bersama mana-mana kelab.

Real berjaya memikat khidmat pemain kebangsaan Portugal itu supaya meninggalkan Old Trafford dengan rekod perpindahan dunia bernilai 80 juta pound (RM389 juta) pada musim panas lalu.

Bagaimanapun, penyingkiran awal Real daripada saingan Liga Juara-juara Eropah musim ini dan saingan sengit dengan Barcelona untuk merangkul gelaran juara La Liga, mungkin menyebabkan Ronaldo berubah angin.

"Bola sepak ibarat kitaran. Saya percaya anda berada dalam pasukan untuk satu kitaran. Jika anda sudah memenangi segalanya bersama kelab, anda perlu berubah. Itu apa yang berlaku kepada saya di United," katanya.

Menurut Ronaldo, dia ingin merasai pengalaman beraksi bersama kelab lain di samping mencipta gol berbeza dan mengakui gembira dengan keputusan yang diambil.

Pemain berusia 25 tahun itu menghabiskan tempoh selama enam musim bersama Red Devils sebelum menyarung jersi Real.

Kini, Ronaldo sekali lagi mencetuskan teka-teki apabila mengumumkan Real tidak akan menjadi kelab terakhir untuk kariernya.

"Sir Alex Ferguson memahami keputusan saya. Saya akan terus menghubunginya. Saya menunggu masa selama beberapa tahun untuk beraksi di Madrid tetapi tidak melihat diri saya di sini sehingga berusia 40 tahun," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan