N. Sembilan Buru Pemain Penyerang

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan sedang dalam proses mencari penyerang berkaliber untuk memantapkan jentera serangan dalam usaha mempertahankan Piala Malaysia musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Mohamad Hasan berkata, pemain penyerang itu akan dikenalpasti dari pasukan lain yang tidak beraksi dalam kempen Piala Malaysia.

"Kita akan pinjam pemain penyerang ini bagi menghadapi saingan Piala Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini.

Mohamad, yang juga Menteri Besar berkata, prestasi skuad Rusa itu tidak konsisten berikutan barisan penyerang yang diterajui oleh Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, Mohd Shaffik Abdul Rahman, Mohd Firdaus Azizul dan Mohd Asyraf Al-Jafri tidak menyengat.

Beliau berharap pasukan itu akan menyajikan persembahan yang lebih mantap pada pusingan kedua saingan Liga Super bermula Selasa depan.

Negeri Sembilan kini menduduki tangga kelima dalam Liga Super selepas mengumpul 20 mata. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan