Buruan Juara EPL Kembali Sengit Selepas Chelsea Belasah Stoke 7-0

Diterbitkan: Isnin, 26 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lampard (kiri) berjaya melepasi halangan pemain pertahanan Stoke, Ryan Shawcross (kanan) untuk menjaringkan gol keduanya. Foto AFP
Lampard (kiri) berjaya melepasi halangan pemain pertahanan Stoke, Ryan Shawcross (kanan) untuk menjaringkan gol keduanya. Foto AFP

NAMPAKNYA kegembiraan Manchester United untuk kembali menduduki takhta liga cuma sempat bertahan untuk tempoh 24 jam sahaja. Malam tadi Chelsea berjaya merampas kembali kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Stoke City 7-0 di Stamford Bridge.

Kemenangan besar Chelsea itu sekali gus meletakkan buruan gelaran juara liga musim ini kembali sengit antara pasukan kendalian Carlo Ancelotti dan Manchester United yang menghuni tangga teratas liga buat sementara waktu selepas membenam Tottenham Hotspur 3-1, Sabtu lalu.

Kehebatan The Blues di gelanggang sendiri tidak boleh dinafikan lagi kerana mereka menguasai hampir keseluruhan perlawanan malam tadi malah membuli Stoke ke tahap yang tidak dapat dilupakan.

Jaringan hatrik Salomon Kalou, dua gol dari Frank Lampard dan masing-masing satu gol disempurnakan Florent Malouda dan Daniel Sturridge menghidupkan semula peluang Chelsea untuk menjulang trofi liga musim ini.

Pujian juga harus diberikan kepada pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole yang melakukan beberapa percubaan merbahaya dalam penampilan pertamanya selepas diketepikan sejak Februari lalu akibat kecederaan buku lali.

Penyerang Didier Drogba tidak berada pada tahap terbaik seperti perlawanan terdahulu tetapi dia banyak melakukan hantaran untuk disudahkan rakan sepasukannya.

Ia adalah kemenangan terbesar Chelsea sejak mereka menewaskan Portsmouth 7-0 pada Mei 1963.

Dengan hanya baki dua perlawanan, Chelsea kini mendahului United dengan 80 mata dan dibezakan dengan kelebihan lapan gol menjelang kunjungan ke Anfield pada Ahad ini.

Namun, Ancelotti belum mahu berpuas hati dengan kemenangan besar itu. Baginya, kemenangan ke atas Liverpool di Anfield dan Wigan di gelanggang sendiri sudah memadai buat pasukan itu untuk bergelar juara musim ini.

Menyedari pertemuan dengan Wigan adalah aksi penutup tirai liga musim ini, Chelsea tidak boleh alpa malah perlu memenangi dua perlawanan akhir itu jika mahu merampas takhta yang dimenangi United musim lalu.

Saat getir Chelsea kini bertumpu kepada aksi di Anfield apabila bertemu pasukan kendalian Rafael Benitez yang kini berdepan kemungkinan terlepas aksi pada saingan Liga Juara-juara Eropah musim depan jika gagal menduduki kelompok empat teratas.

"Takdir pasukan terletak di tangan kami. Oleh itu, saya mengambil sikap berdiam diri dan tenang. Saya gembira kerana kami bermain dengan baik. Ia adalah perlawanan penting. Wujud sedikit tekanan sebelum perlawanan tetapi kami amat fokus dan mempamerkan persembahan menakjubkan," kata Ancelotti.

Juara bertahan EPL untuk tiga musim berturut-turut, United juga perlu memenangi baki dua perlawanan akhir musim ini jika mahu mempertahankan kejuaraan mereka.

United akan bertandang ke Sunderland pada Ahad ini sebelum bertemu Stoke City di gelanggang sendiri.

Keputusan dua perlawanan penutup tirai itu kelak akan menentukan pasukan manakah yang akan bergelar juara musim ini. Sama-samalah kita tunggu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan