Torres Terlepas Baki Empat Perlawanan EPL Musim Ini

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Torres terpaksa melupakan hasrat untuk turun memperkuat Liverpool pada baki empat perlawanan musim ini. Foto: AP/Tim Hales
Torres terpaksa melupakan hasrat untuk turun memperkuat Liverpool pada baki empat perlawanan musim ini. Foto: AP/Tim Hales

LONDON: Penyerang Liverpool, Fernando Torres terpaksa diketepikan sehingga penghujung kempen musim ini selepas kelab itu mengesahkan dia akan menjalani pembedahan lanjut susulan kecederaan di lututnya.

"Torres berjumpa doktor pakar di Sepanyol awal pagi ini. Dia memerlukan pembedahan di bahagian tisu rawan di lutut kanannya yang terkoyak.

"Kami tidak boleh memberi sebarang komen lanjut mengenai pembedahan itu tetapi tempoh rawatan pemulihan untuk kecederaan seperti ini mengambil masa selama enam minggu," kata jurucakap Liverpool.

Juara Euro 2008, Sepanyol akan memulakan kempen Piala Dunia bertemu Switzerland pada 16 Jun ini.

Sepanyol juga diletakkan dalam Kumpulan H bersama Chile dan Honduras dalam perlawanan yang akan membuka tirainya pada 11 Jun di Afrika Selatan.

Torres yang menjaringkan 22 gol dalam semua perlawanan musim ini sudah berehat selama sebulan selepas menjalani pembedahan lutut pada Januari lalu.

Dia bergelut dengan kecederaan pangkal paha pada penghujung tahun lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu akan terlepas baki empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan saingan separuh akhir Liga Eropah menentang bekas kelabnya, Atletico Madrid.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan