Mourinho Calon Pengganti Ferguson

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sir Alex Ferguson bersedia melepaskan jawatan selaku pengurus Manchester United pada penghujung kempen musim depan dan akan digantikan oleh Jose Mourinho.

Tahun depan akan menyaksikan Fergie memasuki tahun ke-25nya sebagai pengurus United dengan harapan untuk mempertahankan sekurang-kurangnya trofi ke-19 pasukan itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala Liga Juara-juara Eropah keempat.

Menurut Daily Star, United sudah menyenaraikan nama Mourinho yang merupakan pengurus Inter Milan pada waktu ini.

Pengurus kelahiran Portugal itu mengisi senarai calon berpotensi tinggi untuk mengisi kerusi yang bakal ditinggalkan Fergie kelak.

Kewibawaan Mourinho mula mencuri tumpuan United selepas beliau mengemudi bekas kelabnya, Porto menewaskan pasukan itu pada saingan kejuaraan Eropah dan menjulang trofi berkenaan pada 2004.

Mourinho sering kali mendedahkan kekecewaannya dengan kehidupan di Itali dan gembira untuk berada di sana untuk tempoh setahun lagi jika United mengemukakan jawatan itu kepadanya pada penghujung kempen musim depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan