Ferguson Tidak Gentar Kuasa Beli City

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferguson akan mengemudi anak buahnya bertemu City di Eastlands, malam ini. Foto: AFP - Carl de Souza
Ferguson akan mengemudi anak buahnya bertemu City di Eastlands, malam ini. Foto: AFP - Carl de Souza

LONDON: Sir Alex Ferguson menegaskan Manchester United tidak akan menerima sebarang kesan daripada kuasa perbelanjaan Manchester City walaupun jika pasukan seterunya itu melayakkan diri ke saingan Liga Juara-juara Eropah pada musim depan.

Anak buah Ferguson bersedia bertemu City dalam pertemuan 'derby Manchester' di Eastlands pada malam ini dengan mengetahui The Blues kini berada pada kedudukan terbaik untuk menduduki tempat keempat dan laluan terakhir ke pentas Eropah.

City yang mendapat suntikan kewangan mewah daripada jutawan Abu Dhabi dan kemaraan ke saingan peringkat Eropah akan menjadikan kelab itu sebagai destinasi pemain bertaraf dunia apabila pintu perpindahan pemain dibuka semula pada penghujung kempen musim ini.

Namun, Ferguson tidak gentar dengan cabaran sengit City dan mendakwa impian pasukan kendalian Pengurus Roberto Mancini itu untuk membeli beberapa pemain terkemuka dunia untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan tidak menjaminkan sesuatu kejayaan.

"City ada kuasa beli yang kukuh. Mereka boleh membeli pasukan lain. Jika mereka mara ke saingan Liga Juara-juara Eropah, anda yakin mereka akan membawa masuk beberapa muka baru," katanya.

Menurut Ferguson, United lebih gemar membeli pemain muda yang boleh memperbaiki mutu permainannya dari semasa ke semasa.

"Kami menandatangani kontrak dengan Javier Hernandez dari Mexico dan akan membawa masuk satu atau dua lagi pemain baru. Itu adalah cara kami dan struktur pembelian kami okay," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan