ATM Lebur Rekod Tanpa Kalah Felda United

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPURL: Rekod tanpa kalah sembilan perlawanan pendahulu Liga Perdana, Felda United akhirnya lebur setelah tewas 0-1 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Gol tunggal ATM melalui bekas penyerang kebangsaan, V. Saravanan pada minit ke-50 sudah cukup membolehkan skuad bimbingan jurulatih Zulhamizan Zakaria mengutip tiga mata untuk kekal di tangga ketiga liga.

Felda United, bagaimanapun, kekal menerajui Liga Perdana sekalipun tewas dengan kelebihan tiga mata berbanding pencabar terdekat Selangor PKNS yang tidak beraksi malam tadi.

Dalam satu perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, gol tunggal Bobby Gonzales pada minit ke-26 membolehkan Sabah menang 1-0 ke atas Pos Malaysia.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah menang besar ke atas Melaka dengan keputusan 5-3 dengan dua gol masing-masing disumbangkan oleh Mohd Zamri Morshidi (minit ke-25 dan 55) dan Effendi Abdul Malek (minit ke-27 dan 79) manakala satu gol sumbangan Mohd Sharol Saperi pada minit ke-43.

K. Depansakwati, Dzulkifli Gali dan Mohd Shafiq Mohd Zahari pula masing-masing menyumbangkan satu gol untuk Melaka pada minit ke-17, 58 dan 76.

Shahzan Muda bagaimanapun gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila tewas 3-2 kepada USM FC di Stadium Darul Makmur.

Skuad pelawat yang pertama kali beraksi pada saingan Liga Perdana tahun ini menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama melalui Muhammad Fauzan Zainal Abidin (minit ke-16 dan 41) serta Rohaizad Mat Alimin pada minit ke-31.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan