Rooney Calon Pilihan Terima Anugerah PFA

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wayne Rooney berpeluang cerah untuk merangkul Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA. - Foto REUTERS
Wayne Rooney berpeluang cerah untuk merangkul Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA. - Foto REUTERS

LONDON: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney diletakkan sebagai calon pilihan utama untuk merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA selepas senarai pendek pemain dikeluarkan hari ini.

Rooney mempamerkan prestasi cemerlang pada musim ini walaupun kejayaannya di peringkat kelab kini terhad kepada trofi Piala Carling.

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan 34 gol untuk United pada musim ini dan meletakkan bakatnya sebaris dengan pemain bertaraf dunia.

Jika Rooney memenangi anugerah itu, ia adalah kali keempat pemain Red Devils membawa pulang hadiah berharga tersebut ke Old Trafford selepas kejayaan Ryan Giggs pada tahun lalu dan Cristiano Ronaldo yang diinobatkan selaku Pemain Terbaik Tahunan untuk dua musim berturut-turut.

Rooney turut mendapat saingan sengit daripada Carlos Tevez, Cesc Fabregas dan Didier Drogba walaupun senarai pendek enam calon dikurangkan kepada empat pemain.

Kebangkitan Manchester City untuk mengisi kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini diperkukuhkan lagi dengan kehadiran Tevez yang menjadi tonggak utama The Blues sejak perpindahan kontroversinya dari United pada musim panas lalu.

Sementara itu, Fabregas terpilih sebagai calon untuk menerima anugerah utama dan pemain muda terbaik tahunan.

Sebagai calon pilihan untuk menjulang trofi EPL musim ini, Chelsea diwakili Drogba untuk merangkul anugerah itu walaupun dia tidak mempamerkan aksi konsisten berbanding tahun sebelumnya.

Pemain Aston Villa, James Milner dan Joe Hart dari Birmingham City dicalonkan sebagai penerima anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan di samping Rooney dan Fabregas.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan