Ribery Umum Keputusan 10 Hari Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Bintang Bayern Munich, Franck Ribery mahu menamatkan spekulasi berhubung masa depannya selewat-lewatnya pada minggu depan ketika pendahulu Bundesliga itu semakin menghampiri kejuaraan pertama dalam tempoh dua tahun.

Ribery sering kali dikaitkan dengan spekulasi perpindahan sejak beberapa tahun lalu dan pemain kebangsaan Perancis itu mempertahankan pendiriannya bahawa Sepanyol akan menjadi destinasi keduanya kelak.

"Kami masih ada beberapa perlawanan untuk diharungi. Oleh itu, saya akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat berhubung perancangan saya pada tahun depan," kata Ribery.

Menurutnya, dia memerlukan tempoh sehingga minggu depan atau 10 hari untuk membuat keputusan.

Ribery menafikan destinasinya sudah ditentukan walaupun Real Madrid, Barcelona dan Chelsea dilaporkan berminat menagih khidmatnya.

Bayern dilaporkan terdesak untuk mempertahankan khidmat Ribery yang membina kombinasi mantap dengan pemain sayap Belanda, Arjen Robben.

Kedua-duanya beraksi cemerlang apabila mengemudi Bayern ke aksi final Piala Jerman dan kelompok empat terakhir Liga Juara-juara Eropah di mana mereka akan bertemu Olympique Lyon pada minggu depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata, dia mahu Ribery yang masih mempunyai kontrak sehingga 2011 untuk kekal sekurang-kurangnya setahun lagi.

Katanya, Bayern belum memutuskan sama ada akan membenarkan pemain berusia 27 tahun itu meninggalkan Allianz Arena jika itu kemahuannya.

"Saya menganggap Ribery akan beraksi untuk Bayern pada musim depan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan