City Terdesak Kutip Mata Penuh Untuk Sertai 'Big Four'

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pertemuan 'derby' ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menghampiri kemuncaknya amat penting bagi Manchester City berbanding Manchester United untuk menentukan sama ada pasukan tuan rumah boleh mengisi kelompok 'Big Four' pada musim ini.

United masih kekal dalam buruan juara EPL tetapi kemenangan di Eastlands masih memberi peluang kepada Chelsea untuk menjadi calon pilihan menjulang trofi kejuaraan.

City pula begitu terdesak untuk mengutip mata penuh bagi memperkukuhkan kedudukan di tempat keempat yang menjanjikan laluan ke saingan Liga Juara-juara Eropah.

Red Devils berada pada laluan terbaik tiga minggu lalu, tetapi kekalahan kepada Chelsea disusuli keputusan seri 0-0 dengan Blackburn Rovers, kelmarin menyebabkan pasukan kendalian Sir Alex Ferguson itu ketinggalan empat mata di belakang The Blues.

Walaupun Chelsea mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Bolton, pasukan pimpinan Carlo Ancelloti itu tetap mengungguli takhta liga dengan kelebihan lima gol berbanding United.

Namun ia bukan isu besar buat United kerana fokus utama pasukan itu kini adalah bersaing merebut tempat kedua dengan Arsenal.

Arsenal kini menduduki tempat ketiga, dua mata di belakang United selepas tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

City menghuni tempat keempat dengan 62 mata, satu mata di depan Spurs yang akan bertemu Chelsea dan Manchester United pada aksi seterusnya.

Pertemuan 'derby' antara United dan City pada musim ini akan menentukan nasib kedua-dua pasukan kelak.

United memenangi aksi di Old Trafford dengan keputusan 4-3 pada September tahun lalu apabila gol penyamaan Craig Bellamy berjaya dileburkan dengan jaringan Michael Owen pada saat-saat akhir.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan