Wan Jamak Ingatkan Pemainnya Jangan Leka

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan mengingatkan pemainnya jangan leka, malah perlu bekerja lebih keras lagi apabila bertemu Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini Sabtu ini.

Katanya ini kerana selepas menjuarai Piala FA Sabtu lepas, semua pasukan mahu mengalahkan Negeri Sembilan.

"Pemain diingatkan jangan leka dibuai kejayaan menjuarai Piala FA. Memang seronok melihatkan pasukan menang lagi tetapi kita tidak boleh leka dan megah.

"Saya mahu mereka sentiasa menjaga disiplin dan menunjukkan komitmen tinggi dalam setiap perlawanan bagi memastikan Negeri Sembilan tidak kehilangan mata dalam baki perlawanan Liga Super musim ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya selepas berjaya merangkul kejuaraan Piala FA menewaskan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 5-4, Negeri Sembilan kini memberi fokus kepada saingan Liga Super.

Wan Jamak berharap setiap pemain dapat mengekalkan prestasi terbaik dan memberi komitmen penuh dalam saingan Liga Super yang bersambung Sabtu ini.

"Selepas ini saya mahu mereka berusaha mencapai sasaran untuk mendapatkan trofi kejuaraan liga bagi melakar satu lagi sejarah gemilang buat Negeri Sembilan musim ini," katanya.

Katanya pemain skuad Rusa kembali memulakan latihan hari ini selepas berehat tiga hari.

Selepas permulaan yang kurang memuaskan musim ini, pasukan Negeri Sembilan yang mengharungi sembilan perlawanan kini menduduki senarai tempat keempat dengan mengumpul 17 mata, selepas Selangor, Terengganu dan Johor FC. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala FA , Liga Super , Wan Jamak , Liga Super

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan