Pemain Bola Sepak T'ganu Mungkin Ditamat Kontrak Jika Sah Ambil Dadah

Diterbitkan: Sabtu, 10 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pemain bola sepak negeri Terengganu yang ditahan minggu lepas kerana disyaki mengambil dadah, berhadapan dengan kemungkinan akan ditamatkan kontrak perkhidmatannya dengan pasukan bola sepak negeri jika beliau terbukti bersalah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata buat masa kini PBSNT sudah menggantung sementara khidmat pemain itu.

Beliau berkata PBSNT merasa sungguh dukacita apabila seorang pemain negeri yang mempunyai serba kemudahan dan elaun, dikaitkan dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Walaupun sukar mencari pemain ganti, PBSNT akan tetap mengambil tindakan tegas kerana ini melibatkan maruah pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pemain bola sepak Terengganu diberkas kerana disyaki mengambil dadah bersama seorang anggota polis, dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Tok Lam, di sini, minggu lepas.

Che Mat Jusoh berkata kes pemain itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat exco PBSNT yang akan diadakan dalam masa terdekat, dan menurutnya perkara itu perlu dibincangkan segera kerana ia membabitkan undang-undang negara dan maruah PBSNT.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata kes pemain Terengganu ini boleh dijadikan pengajaran dan tauladan kepada pemain-pemain yang lain. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan