Bola Sepak: Negeri Sembilan Waspada Ancaman Pemain-Pemain Muda Kedah

Diterbitkan: Sabtu, 10 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan yang dilihat mempunyai ramuan lengkap untuk bergelar juara tetap berwaspada dengan barisan pemain muda pasukan Kedah pada aksi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada hari ini.

Jurulatih Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan berkata beliau tidak menganggap Kedah sebagai sebuah pasukan yang muda.

"Mereka telah bersama-sama sebagai satu pasukan sejak enam tahun lepas termasuk memenangi Piala FA dua tahun berturut-turut (musim 2006/2007 dan 2007/08) ketika dibimbing jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah.

"Mungkin sebelum ini mereka masih terkial-kial untuk mencari rentak namun skuad Hijau Kuning itu nampaknya telah kembali mendapatnya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Stadium Nasional, petang Jumaat.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata kejayaan skuad Hijau Kuning itu menumpaskan Terengganu, yang sememangnya diketahui kuat, 4-1 secara agregat pada peringkat separuh akhir menunjukkan mereka merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang ringan.

"Jelas Kedah memang mantap dari segenap posisi walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama," katanya.

Mengenai persiapan Negeri Sembilan yang kali terakhir mengucup Piala FA pada 2003, Wan Jamak berkata semuanya berjalan lancar malah mendapat motivasi daripada Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan yang mengumumkan hadiah berjumlah RM200,000 jika menjulang piala edisi ke-21 itu.

"Apa yang penting 11 pemain dalam padang dapat bersatu hati, mempamerkan disiplin yang tinggi dan menyempurnakan semua peluang yang terhidang selain cepat menyesuaikan diri dengan keadaan padang sama ada basah atau sebaliknya pasti akan menang," katanya.

Selain pemain sayap, Shahurain Abu Samah yang digantung satu perlawanan Negeri Sembilan dijangka menurunkan barisan terkuatnya seperti Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Syukor Adan, Rezal Zambry Yahya, Idris Karim dan S. Kunalan.

Sementara itu jurulatih Kedah, Ahmad Yusof berkata walaupun turun pada perlawanan akhir buat pertama kali selaku jurulatih, ia tidak menjejaskan persiapan pasukan untuk merangkul Piala FA kali keempat sejak ia mula dipertandingkan pada 1990.

"Memang gementar dan terkejut kerana berjaya membawa Kedah ke perlawanan akhir pada musim pertama namun sebagai pemain saya telah banyak kali merasai aksi perlawanan akhir.

"Orang yang pandai tidak semestinya berjaya namun orang yang bersungguh-sungguh pasti berjaya," katanya yang tetap yakin skuad bimbingannya yang rata-rata dibarisi pemain-pemain bawah 23 tahun akan mencapai kemenangan.

Beliau tetap menghormati Negeri Sembilan yang mempunyai gabungan pemain-pemain lama dan baru yang jelas mempunyai pengalaman yang cukup tinggi.

"Namun kita ada strategi untuk menyekat mereka, malah perlawanan Liga Super sebelum ini turut memberi sedikit pengalaman dan pengajaran kepada kami," katanya.

Kedah akan turun tanpa penyerang sensasi mereka, Azlan Ismail yang masih menjalani penggantungan empat perlawanan selain kecederaan yang dialami Farizal Rozali.

Barisan kemungkinan:

Negeri Sembilan: Sani Anuar Kamsani, Aliff Shamsuddin, Mohd Shukor Adan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Ching Hong Aik, Idris Karim, Rezal Zambery Yahya, Muhd Shaffik Abdul Rahman, S. Kunalan, Muhd Arif Ismail, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Kedah: Helmi Eliza Elias, V. Thirumurugan, Khairul Helmi Johari, Fazliata Talib, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Shahrulnizam Mustapa, Faizal Abu Bakar, Fadly Baharum, Baddrol Bakhtiar, Shafiq Jamal. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan