Skuad Kedah Akan Terima Habuan Jika Juarai Piala FA

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Skuad bola sepak Kedah yang kini dalam persiapan menghadapi perlawanan akhir Piala FA, dijanjikan imbuhan oleh kerajaan negeri jika berjaya menggondol kejuaraan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bagaimanapun bentuk imbuhan yang bakal diberikan masih belum diputuskan dan akan dibincangkan kemudian.

"Kita akan fikirkan, tengok imbuhan yang sesuai untuk pemain dan mereka kena main bersungguh-sungguh untuk menang perlawanan itu.

"Walaupun Kedah akan berhadapan dengan pasukan Negeri Sembilan yang hebat dan berpengalaman, tapi saya yakin dengan semangat muda pemain-pemain mampu untuk mencapai kemenangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Kedah layak ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada saingan separuh akhir. Mereka akan bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan yang dijadual Sabtu ini.

Sementara itu, Azizan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti lot-lot banglo di Bandar Sejahtera, Pokok Sena dekat sini, untuk diberi kepada pemain serta pegawai KFA musim 2007-2008.

Tanah berkenaan dihadiahkan kepada skuad Hijau Kuning musim berkenaan selepas berjaya menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia di bawah bimbingan jurulatih ketika itu Azraai Khor Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan