Ferguson Umum Rooney Direhatkan 3 Minggu

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester Utd, Sir Alex Ferguson mengesahkan bahawa Wayne Rooney akan berehat sekurang-kurangnya selama tiga minggu kerana kecederaan di buku lalinya.

Kecederaan penyerang Manchester Utd itu juga disifatkan sebagai 'tidak serius' dan akan kembali menyarung jersi pasukannya tiga minggu dari sekarang.

Ini bermakna, Rooney akan terlepas peluang untuk diturunkan pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich di Old Trafford Selasa depan tetapi berpeluang untuk bermain semula menentang Manchester City pada 17 April.

Rooney mendapat kecederaan itu dalam perlawanan menentang Bayern di Allianz Arena Selasa lepas - sekaligus mencetuskan kebimbangan yang dia berkemungkinan tidak sempat pulih menjelang pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan 11 Jun depan.

Dalam konteks ini, Ferguson berkata: "Yang penting tidak ada keretakan pada tulang kaki atau kecederaan yang serius ke atas ligamen."

"Apa yang mencetuskan kebimbangan di seluruh negara adalah berpunca dari rasa panik tetapi sekarang kita semua boleh menarik nafas lega," kata Ferguson lagi.

Pengumuman itu juga disambut dengan rasa lega oleh Pengurus England, Fabio Capello.

Hakikatnya ialah Manchester Utd lah yang akan sengsara akibat daripada kecederaan Rooney bermula hari ini apabila mereka turun menentang Chelsea diikuti perlawanan menentang Bayern Munich, Selasa ini.

Kehilangan Rooney dalam tempoh tiga minggu ini bermakna, seluruh mata kini tertumpu kepada penyerang Bulgaria bernilai £30.75 juta, Dimitar Berbatov.

"Sebenarnya bermain dengan seorang penyerang sahaja telah terbukti merupakan cara United mencipta kemenangan khususnya dalam persaingan di peringkat Eropah. Ia sesuai dengan paten atau corak permainan kami di benua Eropah atau tempat lawan," ujar Ferguson.

Dengan ketiadaan Rooney, ada kemungkinan juga Ryan Giggs akan diarahkan supaya lebih kerap bergerak ke gawang gol dengan sokongan Park Ji-sung, Darren Fletcher dan Michael Carrick membentuk formasi berlian di tengah dan Antonio Valencia bermain di sayap kanan.

Ferguson juga dijangka menyenaraikan dua nama yang pernah menjadi pemain regular suatu masa dahulu tetapi terpaksa diketepikan sekian lama akibat kecederaan iaitu Owen Hargreaves dan John O'Shea di bangku simpanan.

Perlawanan menentang Chelsea sangat penting kerana mana-mana pasukan yang menang bakal melebarkan mata malah dilihat sebagai bakal juara.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan