Era Gelap Buat Portsmouth Diisytihar Muflis

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris yang baru sahaja melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA Inggeris - Portsmouth - hari ini diisytiharkan "muflis" dan diletakkan di bawah pentadbiran.

Kelab itu mencatat sejarah sebagai kelab Liga Perdana yang pertama untuk ditadbir secara pentadbiran ekoran pengisytiharan ini oleh sebuah mahkamah tinggi.

Berita mengenai perkara itu disahkan dalam satu kenyataan dalam laman web kelab tersebut.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu ekoran kegagalan Portsmouth melangsaikan hutangnya berjumlah £70 juta dan juga membayar cukai pendapatan mengikut tarikh akhir yang diberikan.

Dengan keputusan ini juga bermakna Portsmouth akan dipotong 9 mata minggu depan yang sekaligus menyaksikan mereka akan diturunkan ke Liga Divisyen Satu.

Nasib Portsmouth dapat diselamatkan jika empat pembeli berpotensi dapat mengemukakan pelan pengambilalihan pagi semalam tetapi sehingga tempoh waktu tamat, tidak ada satu pun kelab mampu menyelamatkannya.

Pengurus kelab, Avram Grant telah mengadakan pertemuan dengan semua pemainnya untuk membincangkan langkah-langkah memotong gaji dalam usaha untuk menyelamatkan anggota pentadbiran pasukan.

Malah terdapat khabar angin mengatakan Firma Perakaunan UHY Hacker Young telahpun diarahkan untuk menyenaraikan nama staf yang bakal menerima nasib dipecat sebaik sahaja kelab itu ditadbir oleh satu badan khas.

Situasi menjadi sangat tegang sehinggakan Gary Double, ketua publisiti dan media Portsmouth sebaik sahaja mendapat tahu yang namanya termasuk dalam senarai staf yang akan dipecat membuat keputusan untuk terlebih dahulu meletakkan jawatan sebelum jawatannya dilucutkan.

Dalam budaya korporat Eropah dan Barat, dipecat daripada jawatan dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima dan dilihat sebagai 'malapetaka' besar dalam kerjaya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan