Dua Gol Rooney Bantu MU Tewaskan West Ham 3-0

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Dua gol menerusi tandukan Wayne Rooney membolehkan Manchester United membenam West Ham United 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Dalam pertemuan di Stadium Old Trafford itu, penyerang England itu membolosi jaring West Ham pada minit ke-38 dan 55 hasil umpanan lintang Antonio Valencia.

Gol ketiga United diperoleh menerusi Michael Owen pada minit ke-80.

Manchester United: Ben Foster, Gary Neville, Patrice Evra, Wes Brown, Nemanja Vidic, Luis de Abreu Anderson (Ji-Sung Park, 19), Paul Scholes, Luis Antonio Valencia, Darron Gibson, Dimitar Berbatov (Michael Owen, 78), Wayne Rooney (Mame Biram Diouf, 78).

West Ham United: Robert Green, Matthew Upson, Jonathan Spector, James Tomkins, Radoslav Kovac, Mark Noble, Julien Faubert, Valon Behrami (Jack Collison, 63), Luis Guillermo Franco (Ahmed Hossam Mido, 46), Carlton Cole, Alessandro Diamanti (Kieron Dyer, 75)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan