Jurulatih Skuad Liga Super Johor Diminta Berehat

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Nasir Yusof telah dilucutkan dari tugasnya sebagai jurulatih skuad Liga Super Johor berkuatkuasa hari ini.

Langkah terbaru Persatuan Bolasepak Johor (Johor FA) itu diambil berikutan prestasi merosot pasukan itu - meraih hanya satu mata selepas enam perlawanan dan berada paling bawah pada senarai kedudukan.

Dan selepas kekalahan 0-3 kepada T-Team dalam perlawanan keenam mereka musim ini di Stadium Larkin di sini malam hari Selasa lepas, pengurusan pasukan yang dipimpin oleh Datuk Aziz Sapian memutuskan untuk menggantikan Nasir dengan bekas pemain Johor Edres Selamat, yang juga ketua panel latihan Johor FA.

"Kami memutuskan untuk merehatkan Nasir berikutan prestasi pasukan yang begitu tidak memuaskan.

"Mungkin pertukaran jurulatih lebih baik untuk pasukan," ujar Aziz.

Nasib Nasir akan diputuskan pada mesyuarat majlis eksekutif persatuan itu pada 18 Feb tetapi difahamkan masa depannya sebagai jurulatih pasukan Johor boleh dikatakan kini lenyap.

Aziz, yang juga Adun Nusajaya, berkata, "Secara jujur, saya kecewa dengan Nasir dan saya memberitahunya bahawa beliau bertanggungjawab atas prestasi lemah pasukan kita.

"Beliau mendapat sokongan penuh dari pengurusan pasukan pada hari beliau dilantik.

"Senarai pemain; gaji mereka; program latihan dan pilihan pembantunya. Kami berikan beliau kuasa penuh dan apa yang saya meminta sebagai balasan ialah menaikkan bola sepak Johor. Jelas beliau gagal dalam tugasnya," ujar Aziz.

Bagi Nasir yang berusia 52 tahun, anggota pasukan Johor yang pernah memenangi Piala Malaysia pada 1991, ini kali kedua beliau dilepaskan dari tugas sebagai jurulatih Johor.

Ia berlaku tahun lepas hanya sebulan selepas beliau membawa Johor ke Liga Super, kenaikan kedudukan dari Liga Premier tetapi beberapa rungutan daripada pemain mengenai sikap dan pendekatan beliau dalam hal latihan, menyebabkan pengurusan pasukan ketika itu, meminta Nasir berehat bagi tempoh yang tidak ditentukan.

Namun, jawatankuasa baru Johor FA dengan Jais Sarday, anggota Exco Negeri bagi Belia dan Sukan, selaku presiden, memutuskan untuk memberikan Nasir peluang kedua. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan