Johor FC Naik Ke Tangga Keempat Liga Super

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan kelab, Johor FC naik ke tempat keempat Liga Super selepas meraih tiga mata penuh hasil kemenangan 1-0 ke atas KL Plus di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam tadi.

Johor FC kini mengumpul 13 mata, tiga mata di belakang pendahulu liga, Selangor yang mengutip 16 mata.

Pasukan itu bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain hampir keseluruhan separuh masa kedua setelah Mohd Khairul Ismail dilayangkan kad merah akibat melakukan kekasaran pada minit ke-49.

Nurul Azuan muncul wira tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-67 menerusi gerakan solo dengan melepasi dua pemain pertahanan pihak lawan untuk menjaringkan gol jarak dekat.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan di Johor, di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, pasukan Johor tewas lagi dan kali ini kepada T-Team dengan 0-3.

Gol-gol pasukan pelawat itu dihasilkan melalui Mohd Haris Safuan (minit ke-29), Mohd Norhisham Hassan (minit ke-75) dan Abdul Hadi Yahya (minit ke-85).

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

Gol pertama Pahang dijaringkan oleh Abd Rahman Abdul Kadir pada minit ke-37 selepas menerima hantaran Mohd Saiful Nizam Miswan.

Selepas rehat pasukan pelawat menggandakan asakan dan akhirnya, K. Thanaraj melakukan rembatan kencang pada minit ke-65 untuk menyamakan kedudukan.

Mohd Fazli Baharudin menghadiahkan gol kemenangan kepada skuad Tok Gajah pada minit ke-89 dengan rembatan cantiknya yang gagal dihalang penjaga gol Mohd Farizal Harun. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan