Robinho Temui Sentuhan Ajaib Bersama Santos - Bola Sepak | mStar

Robinho Temui Sentuhan Ajaib Bersama Santos

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robinho - musim lalu dari menjadi pemain termahal Great Britain apabila berpindah dari Real Madrid ke Man City sehinggalah menjadi pemain flop termahal dunia - kini seperti telah menemui semula sentuhan ajaibnya.

Dia telah menjaringkan gol kemenangan pasukan barunya Santos 2-1 ke atas Sao Paulo dalam perlawanan pertamanya bersama pasukan itu semalam.

Penyerang tidak konsisten itu baru sahaja selesai berpindah secara pinjaman dari Man City, masuk sebagai pemain gantian pada minit yang ke-57 dan terus memperlihatkan skil luar biasanya melalui kombinasi dengan pemain berusia 18 tahun, Neymar.

Dan pada minit ke-85, Robinho menjaringkan gol dengan sentuhan ajaib menggunakan tumit.

Robinho menyedari dia perlu segera kembali ke Brazil untuk memastikan tempatnya bersama skuad kebangsaan ke Piala Dunia Jun dan Julai nanti terjamin.

Di bawah bimbingan Dunga, Robinho telah mendapat tempat dalam kesebelasan utama tetapi dengan prestasinya bersama Man City tidak menentu, dia perlu kembali ke Brazil untuk memastikan tempatnya tidak dirampas oleh pemain-pemain veteran seperti Ronaldinho dan juga Ronaldo.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Man City , Sao Paulo , Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan