Harimau Muda Timba Pengalaman Di Liga Slovakia

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan senior Harimau Muda, skuad pelapis pasukan kebangsaan, akan menimba pengalaman tidak ternilai hasil penyertaan mereka dalam Liga Slovakia.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, idea untuk menghantar 25 pemain skuad itu bertujuan mempelajari dan mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan serta pengalaman bermain di liga peringkat tinggi.

Slovakia, yang layak untuk bermain dalam perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan tahun ini, berada di tempat ke-36 daripada 203 pasukan bola sepak kebangsaan di seluruh dunia mengikut ranking terkini FIFA.

Bercakap kepada pemberita selepas satu sesi taklimat dengan pegawai negeri dan kelab mengenai Piala Presiden dan Liga FAM di Wisma FAM di sini hari ini, beliau berkata: "Matlamat kami bukan untuk memenangi mana-mana liga negara Eropah Timur sebaliknya untuk mendedahkan para pemain muda kepada permainan prestasi tinggi."

Skuad bimbingan jurulatih Mohd Azraai Khor, pasukan Harimau Muda berpeluang bermain 14 perlawanan dalam tempoh empat bulan kejohanan liga membabitkan lapan pasukan mulai 27 Feb hingga 29 Mei. Mereka akan berlepas dari Kuala Lumpur pada 19 atau 20 Feb menuju ke Bratislava.

"Tempoh seminggu itu sebelum liga bermula bertujuan untuk membolehkan mereka membiasakan diri dengan iklim sejuk di sana," kata Azzuddin.

Beliau berkata selepas bermain di Slovakia, FAM mempunyai program ketat bagi pasukan Harimau Muda dengan siri kejohanan antarabangsa seperti Invitational Obama Cup di Michigan, dan empat perlawanan dengan pasukan kebangsaan Ghana, Kenya dan Puerto Rico, pada Mei.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pertandingan FAM Ahmad Fuad Daud mengumumkan 20 pasukan bertanding dalam kejohanan Piala Presiden dan lapan pasukan dalam Piala Liga FAM musim ini.

Bagi edisi ke-12 Piala Presiden yang perlawanan dilaksanakan mengikut sistem round robin, 20 pasukan itu dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap juara kumpulan bermain perlawanan akhir.

Kumpulan A terdiri daripada Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Sarawak, Pahang Shahzan Muda, Selangor PKNS dan Sekolah Sukan Bukit Jalil A manakala Kumpulan B terdiri daripada penyandang juara Johor FC, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Johor, Terengganu T-Team, Sabah dan Sekolah Sukan Bukit Jalil B.

Bagi Liga FAM, lapan pasukan adalah SDM/Kepala Batas (Pulau Pinang), Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang Perlis, Kelab Bolasepak UiTM Pahang, Kelab Bolasepak Hoe Leong Juara Selangor, Sukan Melody Jaya Johor Kelab Bolasepak SuruhanJaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kuala Lumpur, Sime Darby Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Johor Baharu.

Kedua-dua kejohanan Piala Presiden dan Liga FAM akan bermula pada April. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan