Man City Gagal Dapatkan Fernando Gago Dari Real

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Manchester City gagal pada saat-saat akhir untuk membeli pemain Argentina, Fernando Gago dari Real Madrid.

Gago, yang memohon supaya Madrid melepaskannya, menanti dengan penuh debar di sebuah hotel hasil rundingan perpindahan tersebut tetapi akhirnya menerima berita mengecewakan daripada agennya.

Kegagalan perpindahan itu berpunca daripada terma-terma yang tidak dapat dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Manchester City khabarnya ingin memperolehi khidmat Gago menerusi perjanjian pinjaman selama setahun dan kemudian terbuka kepada opsyen untuk membelinya pada harga 18 juta Euro tetapi Madrid enggan bersetuju kepada syarat-syarat itu.

Bila Manchester City pertama kali membuat pertanyaan mengenai Gago bulan lalu, harga yang diminta oleh Madrid ialah €25 juta sedangkan nilai yang sanggup dibayar oleh City hanyalah €15 juta.

Tetapi memandangkan Gago pada masa yang sama mendesak pihak pengurusan supaya melepaskannya, Madrid telah menghubungi semula City semalam dan menawarkan Gago pada harga €18 juta.

Malangnya, rundingan pada saat-saat akhir itu gagal mencapai kata putus kerana City hanya sanggup untuk mengeluarkan wang perpindahan bernilai €18 juta selepas tempoh pinjaman tamat. Gago menyertai Real Madrid dari Boca Juniors pada November 2006 dengan harga €18 juta. Pada musim ini, dia hanya diturunkan lima kali sahaja.

Pengurus baru City, Roberto Mancini, merupakan orang yang paling kecewa dengan kegagalan untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

Mancini juga terpaksa berputih mata apabila rundingan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Kenya, McDonald Mariga turut gagal hari ini apabila pemain berusia 22 tahun itu tidak diberikan permit kerja.

Kegagalan itu menyaksikan Mariga meninggalkan kelab lamanya Parma untuk menyertai Inter Milan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan